3 February 2012

malidurrasul :)

Assalamualaikum . apa yang kita kena buad eak kalau maulidurrasul ? sering kali aku mendengar persoalan ini . sebenarnya bila tiba maulidurrasul , kita bukan sahaja disunatkan berselawat , malahan kita disunatkan mengamalkan sunnah sunnah baginda . bukan di maulidurrasul sahaja , malahan di sepanjang nafas kita .mudah-mudahan baginda memberi syafaat di akhirat sana :) ameen ya rabb .


jangan beri cinta palsu kepada Rasulullah - penceramah di al hidayah


Antara sunnah Rasulullah :


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 


Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 


Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 


Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 


Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 


Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 




Kelapan: membantu keluarga dalam kerja rumah .


Kesembilan: menutup mulut ketika menguap 


Kesepuluh: meminta izin sebelum masuk sebanyak tiga kali .


Kesebelas: meletakkan tangan di tempat yang sakit sambil berdoa .


Keduabelas: minum dalam keadaan duduk .


ketigabelas: takbir ketika melalui tempat yang tinggi dan tasbih ketika menuruni tempat rendah


keempatbelas : pergi dan balik sembahyang raya dengan melalui jalan yang berbeza .


Kelimabelas: banyakkan doa semasa tahiyat akhir sebelum salam .






ini hanya sebahagian sahaja . jadi marilah kita sama-sama mengamalkannya . ingat kawan-kawan . sebelum melakukannya , pastikan kita niat dahulu . insyallah dapat pahala :)



jom dengar lagu nih . before tuh , pause playlist dulu :)



ikhlas dari NFHA :)

No comments:

Post a Comment